Persemadian Abadi membawa anda melihat lebih dekat tanah perkuburan umat Islam Kampung Parit Warijo. Terletak di Kampung Parit Warijo Lintang, berkeluasan lebih kurang 2 ekar, tanah perkuburan ini sepenuhnya di tadbir dan diselenggara oleh pihak Masjid Jamek Kampung Parit Warijo.
Khamis, November 12, 2009
Haji 1430 Hijrah
Alhamdulillah, pada tahun ini seramai 3 orang telah dapat menunaikan ibadah haji. Mereka ialah, Encik Udin Bin Anang, Puan Saiyah Binti Ahmad dan Arbaiyah Binti Ahmad. Masing-masing telah berangkat ke Tanah Suci Mekkah pada 23 Zulkaedah 1430. Semoga ibadah Haji mereka di terima oleh Allah S.W.T dan mendapat Haji yang ma'bur. Insyalallah..
Ibadah korban akan di adakan seperti biasa pada 10 Zulhijjah 1430. Sebanyak 5 ekor lembu termasuk dari Surau Parit Warijo akan dikorbankan selepas selesai solat sunat Aidiladha. Gambar-gambar ibadah korban tersebut akan diupdate secepat mungkin selepas Aidiladha.

Selasa, November 10, 2009
Aktiviti Mingguan
Malam Jumaat - Bacaan Yasin, Surat Al-Ikhlas dan Tahlil
Malam Sabtu - Kelas Ta'mir
Malam Ahad - Program Membudayakan Al-Quran
Malam Isnin - Program Membudayakan Al-Quran
Malam Selasa - Program Membudayakan Al-Quran
Malam Rabu - Program Membudayakan Al-Quran
Malam Khamis - Program Membudayakan Al-Quran
Program Membudayakan Hadith setiap hari selepas Solat Subuh.

Pandang dan Lihat
Masjid Jamek Parit Warijo telah di asaskan sendiri oleh Encik Warijo Bin Joyo. Dibina di atas tanah wakaf Kampung Parit Warijo, masjid ini mampu memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa. Berkeluasan 4 800 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 26 244 kaki persegi. Masjid ini telah dibina secara ro'an ( gotong-royong ) pada tahun 1936 yang hanya berukuran 2 400 kaki persegi sahaja pada ketika itu. Sepanjang 73 tahun masjid ini digunakan, sebanyak 2 kali penambah baikan telah dilakukan iaitu pada tahun 1948 dan 1988. Tetapi konsep dan rupa bentuk asalnya masih di kekalkan sehingga masa kini. Malahan material yang digunakan untuk penambah baikan juga menggunakan bahan-bahan yang hampir sama dengan material yang digunakan semasa diawal pembinaannya.
Langgan:
Catatan (Atom)