Selasa, November 10, 2009

Pandang dan Lihat

Masjid Jamek Parit Warijo telah di asaskan sendiri oleh Encik Warijo Bin Joyo. Dibina di atas tanah wakaf Kampung Parit Warijo, masjid ini mampu memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa. Berkeluasan 4 800 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 26 244 kaki persegi. Masjid ini telah dibina secara ro'an ( gotong-royong ) pada tahun 1936 yang hanya berukuran 2 400 kaki persegi sahaja pada ketika itu. Sepanjang 73 tahun masjid ini digunakan, sebanyak 2 kali penambah baikan telah dilakukan iaitu pada tahun 1948 dan 1988. Tetapi konsep dan rupa bentuk asalnya masih di kekalkan sehingga masa kini. Malahan material yang digunakan untuk penambah baikan juga menggunakan bahan-bahan yang hampir sama dengan material yang digunakan semasa diawal pembinaannya.

Laluan masuk ke Masjid Jamek Kampung Parit Warijo.


Sudut pandang hadapan masjid.


Sudut pandang sebelah kanan masjid.


Sudut pandang sebelah kiri masjid.


Sudut pandang belakang masjid.


Mercu tanda Masjid Jamek Kampung Parit Warijo.
Juga digunakan sebagai tempat berwuduk.



Di sebelah kiri, Pejabat Imam dan AJK masjid. Di sebelah kanan pula Perpustakaan masjid.


Stor masjid.


Ruang istirehat dan bersantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan